Al kisah...........
dari kecik lagi aku minat pada seni gubahan pokok ni. Jadi bila pokok yang daun warna kuning tu di tanam kt tepi jalan rumah aku, aku pun suruh abah beli gunting bunga sebab aku tak sabar nak gubah pokok bunga tu..hehe..pokok - pokok bunga kat tepi jalan semua aku gunting bagi jadi cantik - cantik.
Tapi bila aku dah dapat masuk asrama masa tingkatan satu, aku tak dapat nak teruskan hobi aku ni dah..lima tahun dok kat asrama, pokok pun dah tak terjaga. Satu hari, pihak kontraktor korek tanah kat tepi jalan sebab nak bubuh paip air, habis semua pokok kena korek..yang mana sempat ambik aku tanam semula kat rumah tapi mati..
Satu hari, mak bawak balik ranting pokok sinai, jadi aku tanam kat tanah..sampai sekarang pokok tu hidup.. daripada ranting pokok tu jugak la aku ambik tanam bagi jadi empat pokok sekarang. bila ada masa, aku mesti gunting daun dia bagi jadi macam - macam bentuk. seronok...semua ni zaman aku masih belajar lagi la.
BoNsAi....
bila dah masuk zaman kerja, minat aku kat pokok bunga tak pernah hilang malah makin menjadi - jadi. aku tertarik kat pokok tua yang di bentuk dalam pasu kecil..dan bermulalah minat aku terhadap...BoNsAi.....satu seni purba tentang hiasan pokok. amat mengagumkan bila dapat tengok pokok - pokok besar dalam bekas yang kecil..sungguh mempersonakan dan menenangkan jiwa. jadi x lengkap kalu aku ke kedai bunga tanpa membeli satu pokok bonsai...wah,banyak duit aku..hehe...kalau ikitkan hati nak je aku beli semua bonsai kat kedai tu tapi maklumlah, poket tak tebal...jadi aku pun beli anak pokok untuk buat bonsai aku sendiri..murah sikit..tanpa asas buat bonsai,aku buat je apa aku suka...jawapannya.. x jadi la bonsai..hehe..
DaWai
patut la aku buat tak jadi,rupanya orang lilit pokok guna dawai khas...jadi aku pun beli dawai bonsai..lembut..senang lilit kat pokok..baru la senang nak bentuk pokok...ini la ilmu pertama aku tentang bonsai dan sampai sekarang aku tak pernah jemu nak belajar pasal bonsai..masalah aku, aku takde kawan yang minat dalam seni bonsai ni..jadi aku hanya tengok kat internet je..dan beli buku pasal bonsai...puas cari jugak la buku tu..
PaSu
lepas tu baru aku tahu pasal pasu bonsai...tak boleh besar - besar..kecik je.. macam piring pun ada, tapi semuanya kecik - kecik je...yang lagi menariknya ada yang letak kt pasu yang macam bukit..cantik...semakin hari semakin banyak aku dapat ilmu baru..pokok pun ada ubat luka rupanya...bonsai oh bonsai...aku nak belajar lagi....
Tuesday, July 17, 2012
Wednesday, July 11, 2012
Terapi Elektrostatik di terima masyarakat luar negara
Walaupun di negara luar kaedah rawatan terapi medan elektrostatik ini telah digunakan secara meluas, tetapi di Malaysia pengetahuan tentang rawatan moden ini masih lagi rendah. Hal ini kerana masih ramai lagi dikalangan penduduk Malaysia yang belum terdedah dengan rawatan ini. Namun begitu, telah banyak syarikat swasta yang memperkenalkan kaedah rawatan ini dan ia sedikit sebanyak dapat membantu memperkenalkan rawatan moden ini kepada peduduk di seluruh Malaysia.
- Rawatan Terapi Medan Elektrostatik yang digunakan di Jepun -
Sejarah Terapi Medan Elektrostatik
Berabad-abad lamanya, pengamal perubatan menggunakan tenaga
elektrik sebagai alat penyembuhan. Sekitar 9000 SM, orang memakai azimat magnet
yang dibuat daripada batu magnet untuk menangkis roh-roh jahat yang berkaitan dengan
penyakit.
Pada abad pertama,
doktor Rom, Scribonus Largus menggunakan
belut elektrik untuk merawat sakit kepala, artritis dan prolaps dubur.
- belut elektrik -
Pada abad ke-11,Doktor
Islam, Ibn-Sidah merawat
epilepsi dengan belut elektrik secara langsung.Amalan-amalan ini berterusan
selama berabad-abad.
- belut elektrik -
Malangnya, pada awal tahun 1900, penipu menjual pelbagai
peranti elektrostatik merosakkan nama terapi elektrostatik sebagai rawatan yang
berdaya maju.
Oleh yang demikian, hanya baru-baru ini terapi elektrostatik
sekali lagi mendapat kredibiliti dalam perubatan Amerika.
Kebaikan rawatan terapi ini telah disokong oleh beratus-ratus
ujian klinikal. Ubat-ubatan Amerika kini bertukar kepada elektrostatik sebagai
pilihan rawatan yang berjaya.
Sebagai contoh, Dr
Andrew Bassett telah berjaya menyembuhkan tulang yang patah dengan
menggunakan medan elektrik. Satu kajian oleh penyelidik Sue E. Gardner, (1999),
telah menunjukkan kesan elektrik pada penyembuhan luka. Persatuan Terapi
Fizikal Amerika mencapai kejayaan dengan
menggunakan elektrostatik untuk pemulihan seperti pembaikkan tisu dan
meningkatkan julat pergerakan sendi.
Pendekatan perubatan lain yang mungkin kini
sedang dikaji termasuk rawatan untuk kanser, penyakit jantung, obesiti,
gangguan neuropsychiatric, penyakit Parkinson, epilepsi, multiple sclerosis,
tinnitus, degenerasi makula, migrain, kemurungan, susah tidur dan kebimbangan.
Manusia pertama yang mencipta mesin elektrostatik ialah Dr Toshiyuki Hara ( 1902 - 1986 )
- Dr Toshiyuki Hara -
Subscribe to:
Posts (Atom)